TEMA | PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR |
TAJUK | MENOLAK DAN MENARIK |
FOKUS UTAMA | Standard Kandungan | Pergerakan Bukan Lokomotor Unit 11 : Menolak dan Menarik Berkebolehan melakukan pelbagai aktiviti menolak dan menarik. |
Standard Pembelajaran | 1.3.1 Melakukan pergerakan menolak dan menarik | |
2.2.1 Mengenalpasti ciri pergerakan bukan lokomotor. | ||
5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok. |
OBJEKTIF | Pada akhir pengajaran, murid dapat : i. Melakukan pergerakan menolak dan menarik. ii. Mengenalpasti ciri-ciri pergerakan bukan lokomotor. iii. Memperoleh keyakinan semasa melakukan aktiviti |
PENGISIAN KURIKULUM | i. Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi ii. KBT : Menjana idea |
BAHAN BANTU MENGAJAR | Wisel, bola, serbuk tepung, kon. |
MEDIA | Petikan dalam bentuk ICT |
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI | PENGISIAN KURIKULUM | CATATAN |
Regangan badan 1. Murid meregangkan badan bermula dari kepala ke kaki di bawah bimbingan guru. | KBT : Konstruktivisme Ilmu : Kesihatan | |
Pemanasan badan Permainan 1. Murid berjalan mengelingi bulatan ketika muzik dimainkan. 2. Apabila muzik berhenti, murid perlu masuk ke dalam bulatan. 3. Sesiapa yang tidak dapat masuk ke dalam bulatan akan terkeluar dari permainan. | Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovasi | BBM : Bulatan dari tepung Muzik |
Perkembangan Aktiviti menolak individu 1. Murid mencari dinding dan cuba menolak dengan kedua-dua belah tangan sekuat hati. 2. Murid meletakkan kedua-dua tangan di atas lantai dan cuba menolak sekuat hati. Aktiviti menolak dan menarik berpasangan 1. Secara berpasangan, murid menolak belakang rakan yang sama saiz dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. 2. Secara berpasangan, murid berdiri berhadapan dan menolak rakan yang sama saiz dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. 3. Secara berpasangan, murid berdiri secara berhadapan dan kaki dibuka seluas bahu. Tangan kanan Murid A menarik tangan kiri Murid B. Murid B menahan dan aktiviti ini dilakukan bergilir-gilir menggunakan tangan kiri pula. | KBT : Menjana idea Nilai : Bekerjasama | BBM : Dinding Lantai |
Kemuncak Permainan Kecil ‘Ketam Kembar’ 1. Murid dibahagikan dalam sekumpulan 4-6 orang. 2. Secara berpasangan, murid meletakkan sebiji bola di bahagian abdomen. 3. Sambil menolak dan mengawal bola dengan abdomen, pasangan bergerak ke sisi dan menghantar bola kepada pasangan seterusnya. 4. Pasukan/Kumpulan yang tiba dulu di garisan penamat dikira pemenang. | Nilai : Bekerjasama | BBM : Wisel Bola Kon |
Penutup Regangan 1. Murid melakukan regangan bermula dari kaki ke kepala di bawah bimbingan guru | KBT : Konstruktivisme Ilmu : Kesihatan | |